• Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Standard

-A +A

Geoinformasi Untuk Eksekutif (G4E)

Geoinformation for Executive (G4E) merupakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pegawai-pegawai eksekutif kerajaan di negeri dalam membuat keputusan atau polisi, perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan. Melalui aplikasi ini, pegawai-pegawai eksekutif memperolehi data geospatial yang terkini dan dapat membantu dalam menentukan sebarang keputusan yang berkaitan tanah dan sumber asli. Data-data tematik yang digunakan di dalam aplikasi ini diperolehi dari pelbagai agensi pembekal data (custodian). Aplikasi ini hanya boleh dicapai secara atas talian (online) oleh pengguna yang berdaftar di dalam rangkaian negeri sahaja.

Objektif G4E adalah untuk :

 i.        Menyediakan capaian online kepada geospatial data dan maklumat-maklumat yang telah dianalisa melalui MyGDI bagi Ketua Pegawai Eksekutif di negeri. 

 ii.        Membantu pegawai eksekutif di dalam penyediaan dasar, perancangan pembangunan, pemantauan, selain dari menggalakkan penggunaan maklumat geografi.

iii.        Menyokong pihak kerajaan di dalam strategi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi

 iv.        Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan.

Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut sila hubungi:

Pengarah MaCGDI,
Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI),
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) ,
Aras 7 & 8, Wisma Sumber Asli, No. 25,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62574, Putrajaya.

No Telefon: +603-8886 1111
No Faks : +603-88894851
Email: fuziah@macgdi.gov.my