Current Style: Standard
MyGDI Metadata Catalogue
| Katalog Metadata MyGDI membolehkan pengguna mencari, memapar dan mencapai data geospatial di mana sahaja pada bila-bila masa. MyGDI memudahkan capaian kepada maklumat geografi, meningkatkan integrasi dan membantu mudah proses kerja dan sistem yang menggunakan maklumat-maklumat geospatial di agensi-agensi kerajaan. |
Katalog Metadata MyGDI merupakan antaramuka untuk pengguna meneroka data geospatial yang disediakan oleh agensi-agensi pembekal dan mendapat maklumat terperinci megenai data. Menggunakan kaedah ini, penerokaan data dapat dicapai melalui enjin carian, sebagai antaramuka yang digunakan oleh pengguna untuk menghantar pertanyaan kepada sistem. Hasil daripada proses tersebut, senarai keputusan berdasarkan metadata akan dipaparkan kepada pengguna untuk dinilai secara terperinci. Terdapat empat pilihan kepada pengguna untuk melakukan carian.
|
| Dengan menentukan pilihan-pilihan yang tersenarai di atas, secara individu atau kombinasi pilihan-pilihan tersebut, pengguna akan dipaparkan dengan senarai metadata dan dari situ pengguna akan terarah ke metadata untuk mendapat maklumat lanjut mengenai data. |
|
Apabila diklik tajuk metadata, sistem akan memaparkan metadata terperinci. Di sini pengguna boleh memaparkan peta, membuat tempahan data dan memuat-turun data. Fungsi e-commerce dan muat-turun data memerlukan pengguna menjadi pengguna berdaftar dan mempunyai akaun e-commerce. .
|
|
Memaparkan template kosong bagi pengisian MyGDI Metadata (berdasarkan MS ISO 19115:2003) yang perlu diisi secara online oleh pengguan yang berdaftar (mempunyai kata laluan).
|
Borang yang perlu disi oleh pengguna secara manual (jika pengguna mempunyai masalah dalam pengisian atau masalah online) dan segala maklumat akan diisi semula oleh pihak MaCGDI (sebagai wakil agensi) bagi penerbitan metadata pada template Metadata MyGDI.
|
|
Dokumen rujukan bagi panduan pengisian template MyGDI Metadata
|
|
Dibawah fungsi pemaparan peta, pengguna dibekalkan dengan kebolehan penindihan peta dari pelbagai sumber yang dapat dicapai melalui Internet di dalam satu paparan. Ini dapat membantu-mudah pengguna untuk membuat keputusan sebelum membeli data-data tersebut.
|






